Wednesday, May 15, 2013

[KLANG ] FACEBOOK - Mencari Waris

[FACEBOOK]

RAYUAN KEPADA ANAK-ANAK YANG PERIHATIN!


1. Encik Semat Bin Umar, bernombor kad pengenalan 440316-12-5125, seorang warga emas berasal dari Kalabakan, Tawau, Sabah, menyewa di sebuah rumah sewa di Lorong Haji Said Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam bersama isteri yang di kahwini 10 tahun lepas yang berasal dari Medan, Indonesia. Beliau telah pikun dan isterinya pula menghidapi penyakit paru2 dijangkiti kuman.

2. Ketika di Sabah dahulu beliau mempunyai isteri dan 5 orang anak dan di percayai kelima-lima anaknya juga telah berhijrah ke Semenanjung.

3. Tiga minggu lepas isterinya telah di masukkan hospital selama 2 minggu kerana penyakit paru2 dijangkiti kuman. Oleh itu, Encik Semat hidup seorang mengharap belas ihsan jiran-jiran sebelah ketika ketiadaan isterinya.

4. Selepas menerima aduan dan membuat tinjauan, selasa lepas atas kapasiti sebagai SU JKKK, saya telah menulis surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat mengambil langkah sewajarnya bagi membantu Encik Semat dan pada petang tadi Jabatan Kebajikan Masyarakat datang dan membawa beliau ke Hospital Ampuan Rahimah Klang.

5. Oleh kerana isterinya mengadu bahawa beliau tidak mampu untuk menjaganya, Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin akan menempatkan Encik Semat di rumah Kebajikan orang tua.

6. Ketika ini, Encik Semat telah di masukkan di dalam wad kerana kesihatannya yang tidak baik.

7. Kepada anak-anak beliau atau sesiapa yang mengenali Encik Semat dan tahu dimana anak-anak beliau berada, saya merayu agar anak-anak beliau dapat mengambil berat tentang keadaan ayah mereka dan menjaganya sebelum beliau menemui Ilahi. Alangkah sedihnya jika beliau di masukkan ke rumah kebajikan dan sisa-sisa hidupnya di habiskan di sana tanpa anak-anak disisi.

8. Jika ada persengketaan dan sebagainya sebelum ini, lupakanlah dan berbaktilah kepada beliau kerana redha Allah itu begantung kepada redha kedua ibu bapa kita.

9. Sila hubungi Encik Nazri di Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang 03-33710885

10. Sekarang En. Semat berada di Wad 8B Katil No 7 Hospital Ampuan Rahimah Klang Selangor.

(TOLONG SHARE POST INI!)

p/s: dibenarkan copy dan paste untuk tujuan share. kami melakukan ni atas dasar prihatin.jika anda boleh share mengenai kehilangan anak duta besar switzerland sampai disebar keseluruh talian komunikasi,apa salahnya anda berbuat demikian untuk pakcik ni juga...

ini masa dia,masa kita tak tau lagi bagaimana.




[SEREMBAN] HARIAN METRO - AIR MATA MENGALIR


[HARIAN METRO, 16 MAY 2013]
Seremban: Seorang bapa di Rumah Rakyat Panchor, di sini, merayu orang ramai membantu meringankan beban perbelanjaan ditanggungnya berikutan terpaksa mengeluarkan kos lebih RM2,000 sebulan bagi merawat penyakit saraf anak tunggalnya.
Adli Isham Abas, 35, berkata walaupun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Yayasan Menara RM500 sebulan ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan perubatan alternatif serta rawatan penyakit anak tunggalnya, Ahmad Wafly Adli Isham berusia setahun 10 bulan.

Menurutnya, Ahmad Wafly memerlukan makanan tambahan iaitu sejenis vitamin khusus untuk saraf seperti disyorkan doktor pakar yang boleh didapati di beberapa farmasi pada harga RM175 bagi 30 biji dan susu khas RM600 sebulan.
“Setiap kali memegang tubuhnya yang lembik disebabkan penyakit saraf saya perlu berhati-hati kerana bimbang anak berasa sakit. Apatah lagi dia belum boleh bercakap dan saya dapat merasakannya apabila dia mengalirkan air mata.

“Saya hanya bekerja sebagai pembantu kedai di Paroi dengan pendapatan RM25 sehari. Apabila menggunakan perubatan alternatif yang disarankan doktor pakar itu, memerlukan perbelanjaan tinggi. Saya gagahkan juga sebab mahu melihat anak sihat walaupun terpaksa keluar dari rumah sewa kerana tak mampu bayar. Sekarang saya, isteri dan anak menumpang di rumah ibu.

“Saya sangat mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk membantu kami sekeluarga. Isteri saya pula tidak boleh bekerja sebab perlu menumpukan 100 peratus perhatian kepada anak tunggal kesayangan kami itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Foto
NORLIYANA memegang tubuh anaknya Ahmad Wafly yang menderita sakit saraf.
Isterinya, Norliyana Abdullah, 25, ketika mengadu mengenai anak tunggalnya itu berkata, Ahmad Wafly menghidapi penyakit saraf secara tiba-tiba sejak berusia empat bulan hingga menyebabkan anaknya itu tidak boleh duduk atau berdiri sebaliknya hanya berbaring.

“Ketika melahirkannya di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Ahmad Wafly berkeadaan normal tetapi, dikesan menghadapi masalah saraf ketika usianya empat bulan. Dia diberikan rawatan di hospital berkenaan termasuk dengan doktor pakar.
“Keadaan dia sehingga kini ada perubahan positif walaupun perlahan, penggunaan perubatan alternatif disarankan doktor pakar banyak membantu perkembangannya. Cuma perbelanjaannya tinggi,” katanya.

Norliyana berkata, dia menggunakan sepenuh masa menjaga Ahmad Wafiy yang memerlukan perhatian serius dari segi pemakanan dan kesihatan bagi memastikan anaknya tidak ditimpa masalah lain.

Menurutnya, anaknya mudah mendapat demam jika tidak dijaga dengan betul dan khuatir akan menjejaskan pembesarannya.

“Doktor juga menyarankan Ahmad Wafly menggunakan alat penyokong leher dan badan iaitu sebahagian proses terapi bagi membolehkan tulangnya kembali kuat, namun kami belum dapat membelinya kerana suami tidak mampu dari segi kewangan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga berkenaan bolehlah menyumbang di akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Adli Isham Abas di nombor akaun 05012026075001.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Airmatamengalir/Article/index_html

Salam readers... This blog totally dedicated to those who in need. If you read these posts, please help them.
Hope my post will help them in any way. May Allah bless all of us InsyAllah.



* All my post will be based from news, facebook, friends.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya
kecuali tiga, sedekah jariah,
atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya
Hadis sahih riwayat Muslim